KURSUS ASAS RENANG
(a ) Matlamat latihan asas ini untuk menarik seberapa ramai kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke atas dan orang dewasa tentang satu kaedah latihan renang yang lebih sistematik bagi menghindari perasaan takut kepada air serta menikmati aktiviti renang dankehidupan yang sihat.
(b) Dalam kursus ini juga peserta akan didedahkan dengan beberapa kemahiran asas cara-cara keselamatan dalam air dan kemahiran hidup`water safety and survival skills` mengikut tahap penerimaan dan kesesuaian seseorang peserta sepanjang tempoh latihan dijalankan.
(c) Pada permulaan Peserta dalam kursus asas ini hanya akan didedahkan dengan kaedah latihan renang kuak rangkak sahaja`Freestyle` kerana gaya kuak dada merupakan salah satu kuak yang mudah dipelajari oleh peserta yang baru ('beginner') bagi menghindarikecelaruan pembelajaran.
(d) Kursus ini akan dijalankan selama 12 sessi dan satu sesi latihan mengambil masa 2 jam sahaja kerana ianya melibatkan beberap afaktor seperti ketahanan fizikal dan cuaca, adalah dinasihatkan semua peserta kursus ini perlu menghabiskan latihan ini dalam tempoh satu bulan saja dari tarikh pendaftaran kerana jarak waktu yang lama mempengaruhi keberkesanan kemajuan latihan iaitu mudah lupa pelajaran yang baru diperkenalkan.
No comments:
Post a Comment